Skip to main content

Sejarah UniMAP

Latarbelakang Penubuhan UniMAP

tikus-lagihttp://www.unimap.edu.my/

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara.

Aktiviti pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor pada 16 Februari 2002. UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis pada 2 Mei 2011. Manakala pengambilan pelajar pertama seramai 116 orang bagi sesi akademik 2002/2003 dibuat pada 20 Jun 2002.

UniMAP melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan akreditasi EAC-BEM untuk menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar dan masih di peringkat pembangunan. Namun terdapat beberapa Jabatan dan Pusat Pengajian yang terlah beroperasi penuh di Kampus Pauh Putra antaranya adalah Jabatan Perpustakaan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan.

Logo UniMAP

kukum

Logo UniMAP berasaskan kepada logo asal KUKUM yang telah dibentuk konsepnya oleh Jatwatankuasa Khas KUKUM pada akhir tahun 2003. Secara keseluruhanya logo ini mengekalkan rupa bentuk asal. Ini bagi membuktikan Universiti ini mengekalkan nilai dan falsafah asal penubuhannya dahulu.
Pada tahun 2003, sebuah pertandingan telah dianjurkan untuk mendapatkan idea logo daripada staf Universiti ini. Namun begitu, jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi tujuan ini, berpendapat bahawa tiada rekaan yang dapat memenuhi atau menepati aspirasi dan falsafah KUKUM. Oleh itu, jawatankuasa berkenaan telah memutuskan supaya ubahsuaian dilakukan ke atas beberapa rekaan yang disenarai pendekkan. Akhirnya logo yang terbaik daripada beberapa logo alternative dipilih.

Konsep dan idea logo ini membawa pengertian kepada UniMAP sebagai universiti kejuruteraan yang dinamik, saintifik, dan inovatif dalam konteks visi dan misinya dengan mengambilkira aspek enviromen, kemajuan dan perkembangan bidang kejuruteraan – samada pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.


Rekabentuk logo ini bersifat ‘aero-dynamic’, dengan rupa bentuk yang dinamik serta memaparkan lambang-lambang sains atau fizik yang signifikan. Antara elemen yang dicadangkan ialah pemaparan imej tiga deimensi yang mengambarkan rupa bentuk mesin sputnik atau mirip ojek fiksyen angksa lepas. Namun perlambangan yang dipersetujui ialah tentang hubungannya dengan dunia sains, teknologi, dan kejuruteraan. Bentuk bulat bujur atau oval yang berlapis telah dipilih kerana mempunyai persamaan dengan perlukisan mirip garisan orbit atom, nucleus dan neutron.

unimap small



Selaras dengan perubahan nama Universiti ini daripada KUKUM kepada UniMAP, perbincangan mengenai modifikasi dan pengubahsuaian logo telah diadakan pada tahun 2006. Telah dipersetujui bahawa perubahan logo tidak melibatkan perubahan konsep, idea dan aspirasi asal yang terkandung dalam struktur dan pengertian logo berkenaan. Rekabentuk asalnya dikekalkan kecuali tulisan logotaip ‘UniMAP’ yang telah diolah dan diubahsuaikan dengan rupa bentuk tulisan atau logotaip yang lebih dinamik serta mempunyai nilai falsafah yang diterapkan ke dalamnya. Rupa bentuk terbaru itu ialah huruf italic ‘ni’ yang berwarna kuning. Oleh itu logotaip “UniMAP” ini tidak sahaja memaparkan tulisan abjad atau aksara biasa tetapi telah ‘ditanamkan’ singkatan ‘nilai insan’ di dalamnya.

Penggunaan secara rasmi logo ini bermula pada awal tahun 2007. Pada 21 Disember 2006, pihak Perhubungan Awam UniMAP telah mengeluarkan kenyataan berikut kepada semua ketua jabatan dan warga Universiti mengenai pengunaan logo rasmi ini:
LOGO UniMAP:

“Sebagai makluman, logo UniMAP sebagaimana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti akan digunapakai mulai 01 januari 2007. Sehubungan itu, bersama ini disertakan rekabentuk logo tersebut untuk perhatian dan tindakan pihak Prof/Tuan/Puan.
Jawatankuasa turut memutuskan singkatan bagi Universiti Malaysia Perlis ditulis seperti berikut: UniMAP (bagi sebarang kegunaan)
Untuk makluman juga, logo tersebut mempunyai spefikasi yang telah ditetapkan, dan pihak Prof/Tuan/Puan perlu mengekalkan spefikasi tersebut bagi sebarang pengunaan.”

Ada beberapa warna yang digunakan pada logo UniMAP. Warna biru, kuning dan perak melambangkan warna koporat Universiti. Warna biru membawa maksud alam, harmoni, disiplin dan bidang kejuruteraan. Warna perak mencerminkan teknologi tinggi, keperkasaan dan keikhlasan, sementara warna kuning pula melambangkan kecemerlangan, kedaulatan dan hayat kehidupan.

Selain tiga warna utama, terdapat bentuk separa oval yang mempunyai kaitan dengan imej globlisasi, elemen atau unsur dan lambang sains dan teknologi seperti atom dan garisan orbit. Empat belas bulatan kuning kecil melambangkan 14 buah negeri di Malaysia. Kesemua titik-titik kuning yang berkenaan bersepadu dan bergerak ke pelbagai arah, khususnya kearah utara dan orbit globlisasi, serta berada dalam posisi menyahut wawasan, mendepani pelbagai situasi dan cabaran.

Struktur tiga lapisan perak yang bertanda atau melambangkan arah pergerakan serta tanda ‘segi tiga warna perak di setiap penjuru kiri huruf U, M dan P membawa maksud tiga nilai teras UniMAP yang menjadi tonggak Universiti iaitu ‘ilmu-keikhlasan-kecemerlangan’. Lapisan itu juga memaparkan aspek keseimbangan antara alam dengan kejuruteraan.

Misi dan Visi UniMAP

Misi

Melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara

Visi

Institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa

Nilai Teras

ILMU, KEIKHLASAN, KECEMERLANGAN

Laman Web Rasmi

http://www.unimap.edu.my/