Skip to main content

UMP Juara Kejohanan Sukan MTUN

Kuantan : Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Universiti-universiti Teknikal (MTUN) Kali ke-4 yang berlangsung selama empat hari di Kompleks Sukan UMP di Gambang baru-baru ini .

Kejohanan yang dirasmikan Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) ini menyaksikan empat buah universiti teknikal di Malaysia terdiri daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan ahli Malaysian Technical University Network (MTUN) berentap dalam lima acara sukan yang dipertandingkan melibatkan sukan Bola Tampar (lelaki/wanita), Sepak Takraw regu staf/pelajar), Futsal (staf/pelajar), Bola Keranjang dan Bola Jaring (staf/pelajar).

UMP berjaya mengumpul 54 kutipan mata menewaskan UTHM dengan kiraan mata 38 diikuti UniMap 36 mata dan UTeM sebanyak 29 mata. UMP menjuarai pertandingan Bola Tampar (Wanita), Futsal (staf dan pelajar), Sepak Takraw Regu Pelajar) dan Bola Keranjang) .

kejohanan sukan MTUN

Baca selanjutnya: UMP Juara Kejohanan Sukan MTUN

University to partner with private sector to help students broaden knowledge

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) has opened its doors to a partnership with small and medium entrepreneurs (SMEs) to enhance its academic development.
UTHM vice-chancellor Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin said collaboration between the university and the private sector could help train students and provide opportunities for graduates to apply their newly acquired academic knowledge to the industry.
“When both work together, it gives students exposure to practical real world problems and employment opportunities for university graduates,” he said during his speech before opening the symposium of MTUN (Malaysia Technical Universities Network) - Industry collaboration 2011 last Sunday.

Baca selanjutnya: University to partner with private sector to help students broaden knowledge

MTU Pastikan Program Pengajian Menepati Standard Kualiti MQA

Isu pengiktirafan akreditasi bukanlah isu baharu dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia. Rata-rata pemegang taruh universiti memandang serius perkara ini yang dilihat bakal memberikan impak kepada graduan semasa proses mencari pekerjaan.
 
Dalam usaha memastikan isu pengiktirafan akreditasi tidak diviralkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab, pihak Universiti Teknikal Malaysia ataupun Malaysian Technical University (MTU) mengambil inisiatif dengan memastikan program pengajian mereka menepati kriteria dan standard kualiti yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia [Malaysia Qualifications Framework (MQF).
 
Menurut Pengerusi MTU yang juga Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin,  akreditasi merupakan pengiktirafan rasmi yang mana sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard jaminan kualiti yang telah ditetapkan oleh MQA dan mematuhi MQF.
 

Baca selanjutnya: MTU Pastikan Program Pengajian Menepati Standard Kualiti MQA