Skip to main content

Malaysian Technical University Network

MTUN bermula dengan penubuhan Kolej Universiti pada awal tahun 2000 yang mengkhusus di dalam penawaran program pengajian tinggi bidang kejuruteraan dan teknologi yang cenderung kepada praktikal/amali. Keempat-empat kolej universiti teknikal tersebut ialah KUiTTHO, KUTKM, KUKTEM dan KUKUM. Bagi menjaga kepentingan bersama, Technical University Colleges Network (TUCN) of Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada Mac 2006. Pada Februari 2007, keempat-empat kolej universiti ini telah melalui penjenamaan semula sebagai universiti penuh. Universiti tersebut adalah UTHM, UTeM, UMP dan UniMAP. Susulan dari penjenamaan semula ini, TUCN telah ditukar kepada MTUN atau Malaysian Technical University Network. Namun, pada 2015, MTUN telah ditukar kepada MTU sejajar dengan hasrat untuk membangunkan satu konsortium.